Saturday, December 3, 2011

Kalau boleh semua aku nak....



Ye...kalau boleh semua aku nak...


Dan 'semua' tu mestilah cantik, berkualiti, mahal, kekal lama, bahagia dan sekutunya dengannya...


Tetapi...


Sebagai manusia biasa, kalau nak semua tu mestilah ada U S A H A...


Baru la dapat merasa semua tu..


Hmmmmmmm.....


Bersyukurlah kepada mereka-mereka yang dapat apa yang mereka inginkan tanpa usaha yang setimpal...


Aku mengaku, terlintas jugak dalam fikiran aku, kenapa keluarga aku tak kaya??


Astaghfirullah...


Aku terfikir macam tu bila sesuatu barang mahal yang aku nak, aku tak dapat. = =


Tapi, pernah ke barang-barang keperluan aku tak cukup?


Ya, persoalan tu mampu membatalkan niat aku untuk terus fikir yang aku ni serba kekurangan..


Apa yang membuatkan aku menconteng pasal ni, adalah kerana, sem ni aku kena bawak laptop ke kelas.. = =


Yela, lappy aku ni xde bateri, so kena sentiasa bercharger kalau nak pakai...


Agak susah la bila lecturer mintak macam tu...


Urghhhhhh, malu pon ada nak bawak lappy ni...


Sebab lappy ni dah lama...kakak aku yang punya...kenapa aku selalu dapat yang 'bekas' ni.. :(


Mak baru je call nak konfem pasal tiket..ohhh~~~~ so sadddddd~~~


Kenapa aku rasa macam ni nihhhhhh !!!


Aku ada tengok lappy acer, ada semurah RM1200...ohhhhh....duit datanglahhhhhh... = ="


Lappy aku sekarang ni, screen dah penah diganti RM300++, charger 2x tukar RM100++..


BETTER AKU BELI LAPTOP BARU KALAU MACAM NI !!! 


Isk isk isk..ada sesiapa yang dapat rasa apa yang aku rasa sekarang ni???  >.<


Dah banyak kali aku mintak kebenaran nak beli laptop baru...








Tapi....hmmm...


Sumpah aku sedih sekarang ni... :'((


Dah la, bai.


P/S  :  Dia yang dulunya aku tunggu, tapi terhenti ditengah jalan, bertegur sapa dengan aku dalam FB tadi..wahhhhh...seronok jugak la....tapi x boleh nak lebih-lebih...hmmm...adiossss...

Friday, November 18, 2011

Hey, dia cantiklah !




Girl' Generation / SNSD



























TIFFANY


Sis cantiklah ! auwww.. ;DD




Dupdapdupdap : cantik walaupun bukan rupa original. :)

Thursday, November 17, 2011

Driving punya hal..


Hari ni...

Ingatkan ok macam hari tu. Tapi kat parking 2x salah. -.-

Kat bukit sekali salah.

Apa ni finaaaaa~~~


Dan....

Cikgu pon hari ni nampak macam dingin je.

Tak ok macam selalu.

Normal la fina. Nama pon manusia. Mesti angin berubah-ubah.

Ye, aku kena faham tu.

Tapi...

Kesimpulan yang boleh dibuat, aku tak suka cikgu macam tu.

Aku nak cikgu relax and chill macam sebelum ni. -.-

So, hari ni hari last aku belajar memandu.

Bye bye cikgu !

Tunggu aku datang balik nanti.

Mintak-mintak la time tu nanti cikgu ok walaupun aku mesti buat salah lagi. :')



Satu hari nanti.. :')




Dupdapdupdap : kenapa tadi masa cikgu nak keluar, dia tengok aku melalui cermin pandang belakang keta dia?? hmm, aku terperasan niihhh. Ok ! next time focus fina ! jangan nak bagi gagal. Buat Cikgu Kimi bangga sama kamu. kikiki. :p


Wednesday, November 16, 2011

Permulaan bagi segala permulaan..





Bismillahirrahmanirrahim..
Wow ! Blog baru ! Kata dah tak nak berblog.
Ni apa??
Errr..aku pon tak tau. =..=
Nak buat macam mana, dah takde tempat nak meluahkan perasaan, ni la jadinya.


Kata orang, berblog ni buat pe, semua benda nak cerita kat orang. Simpan-simpan la sikit. Ish ish ish.


Hmm..kalau macam tu, aku cerita yang sepatutnya je la. Bukan semua. Lagi pun berblog ni bagus apa. Melatih diri untuk menulis dengan baik. Haa, tengok aku tulis, korang faham kan? :D


Oklah, malas nak buat Permulaan bagi segala permulaan ni panjang-panjang. Nanti habis semua idea aku terbantut. -_-


Semua rakyat Malaysia yang digelar pelajar UiTM di semua cawangan yang ada kat negara ni tau yang cuti semester untuk pelajar DIPLOMA dah nak habis. Lagi 4 hari je lagi kelas nak mula.


Maka dengan itu, aku tidak terkecuali la wahai kalian oii. Malas jangan cakap. Bukan malas nak sambung belajar, tapi malas nak packing barang-barang, balik naik bas yang ambik masa 8 jam. Kematu bonto jangan cakap. 


Lepas tu, nak angkut barang-barang masuk bilik yang ntah tingkat berapa pulak kali ni. Dah angkut, kena kemas pulak. Yela, nanti diri sendiri jugak merana.


Dah tu, masalah susun jadual pulak kena hadap. Jadi masalah sebab aku tak nak kelas hari Jumaat, tapi tak boleh, ada jugak 1 kelas hari Jumaat. Pagi je, no hal lah ! 


Oleh kerana semester ni merupakan semester terakhir aku, maka aku ngan membe tak payah nak berhempas pulas kumpul kupon aktiviti kolej lagi dah. Lega. Pelajar UiTM kalau tak tau pasal benda ni, baek kau jangan belajar kat UiTM. :p


Hari ni, aku baru selesai listkan barang-barang yang aku nak angkut balik UiTM. Memang nampak macam benda ni tak payah buat pun takpa. Tapi bagi aku, better aku buat kalau tak nak mak ayah bising dan diri ini memaki diri sendiri kerana tercicir barang-barang penting. Bukan senang, dah lah jauh bebeno UiTM aku tu. 


Esok, ada lagi driving training. Macam biasa, sentiasa berdebar. =..=


Dengan ini secara rasminya dah sampai penutup untuk karangan hari ni. Terima kasih kepada yang membaca.


Bai bai. :)