Wednesday, November 16, 2011
Permulaan bagi segala permulaan..
Bismillahirrahmanirrahim..
Wow ! Blog baru ! Kata dah tak nak berblog.
Ni apa??
Errr..aku pon tak tau. =..=
Nak buat macam mana, dah takde tempat nak meluahkan perasaan, ni la jadinya.
Kata orang, berblog ni buat pe, semua benda nak cerita kat orang. Simpan-simpan la sikit. Ish ish ish.
Hmm..kalau macam tu, aku cerita yang sepatutnya je la. Bukan semua. Lagi pun berblog ni bagus apa. Melatih diri untuk menulis dengan baik. Haa, tengok aku tulis, korang faham kan? :D
Oklah, malas nak buat Permulaan bagi segala permulaan ni panjang-panjang. Nanti habis semua idea aku terbantut. -_-
Semua rakyat Malaysia yang digelar pelajar UiTM di semua cawangan yang ada kat negara ni tau yang cuti semester untuk pelajar DIPLOMA dah nak habis. Lagi 4 hari je lagi kelas nak mula.
Maka dengan itu, aku tidak terkecuali la wahai kalian oii. Malas jangan cakap. Bukan malas nak sambung belajar, tapi malas nak packing barang-barang, balik naik bas yang ambik masa 8 jam. Kematu bonto jangan cakap.
Lepas tu, nak angkut barang-barang masuk bilik yang ntah tingkat berapa pulak kali ni. Dah angkut, kena kemas pulak. Yela, nanti diri sendiri jugak merana.
Dah tu, masalah susun jadual pulak kena hadap. Jadi masalah sebab aku tak nak kelas hari Jumaat, tapi tak boleh, ada jugak 1 kelas hari Jumaat. Pagi je, no hal lah !
Oleh kerana semester ni merupakan semester terakhir aku, maka aku ngan membe tak payah nak berhempas pulas kumpul kupon aktiviti kolej lagi dah. Lega. Pelajar UiTM kalau tak tau pasal benda ni, baek kau jangan belajar kat UiTM. :p
Hari ni, aku baru selesai listkan barang-barang yang aku nak angkut balik UiTM. Memang nampak macam benda ni tak payah buat pun takpa. Tapi bagi aku, better aku buat kalau tak nak mak ayah bising dan diri ini memaki diri sendiri kerana tercicir barang-barang penting. Bukan senang, dah lah jauh bebeno UiTM aku tu.
Esok, ada lagi driving training. Macam biasa, sentiasa berdebar. =..=
Dengan ini secara rasminya dah sampai penutup untuk karangan hari ni. Terima kasih kepada yang membaca.
Bai bai. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment